Saturday, April 26, 2014

Aku, Dia dan Mereka (Part 1)


Pagi yg dingin membuatkan aku lebih suka utk bermalasan d katil shj, lebih2 lagi pada hujung minggu sebegini. Aku baring sambil memerhatikan gelagat teman sebilik ku yg masih tidur yg agak mencuit hatiku. Aku tersenyum memerhatikan gelagat mereka. Melihat gelagat mereka membuatkan aku merasa sedih, krn sebulan shj lagi kami semua akan dihantar ke negeri masing2 bg menjalankan tugas seterusnya. 

Aku merupakan seorang graduan drpd UKM dlm bidang kewangan, alhamdulillah aku mendpt keputusan yg sgt cemerlang dan mampu membuat kedua org tua ku tersenyum dan berbangga dgn kejayaanku.

Hampir dua bulan aku berada disini, pelbagai perkara yg aku tempuhi, pelajari dan lalui. Semua itu mematangkan dan mendewasakan ku utk menjadi seorang insan yg berguna kpd anak bangsa. 

Alhamdulillah, sepanjang aku berada disini aku dipertemukan dgn dua org sahabat yg sgt baik. Dua sahabat ku ini bnyk memberikan aku nasihat dan tunjuk ajar. Mereka berdua sgt memahami ku dan sgt mengambil berat akan diriku. "Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dan bertuah dipertemukan dgn dua sahabat ku ini, dan aku berharap persahabatan ku ini akan kekal hingga akhir hayat."

Terlalu lama aku mengelamun, akhirnya aku terlelap seketika. Setelah beberapa ketika akhirnya aku terjaga dari tidur dan aku dapati teman sebilik ku sudah bersiap utk keluar. 

Hari ini aku hanya menghabiskan masa di bilik ditemani dua sahabat baik ku itu. Dua sahabat ku ini berlainan bilik dgn ku. Perkenalan antara kami bertiga adalah perkenalan yg tak disangka, dan akhirnya membuahkan persahabatan yg alhamdulillah bertahan hingga ke hari ini. Walaupun dtg drpd negeri yg berbeza namun itu semua bukanlah satu penghalang.

Petang itu aku dan dua sahabat ku itu mengambil keputusan utk keluar di sekitar hotel tempat kami berkursus. Semasa dlm perjalanan, kami terserempak dgn sekumpulan lelaki yg mana salah seorang drpd mereka menarik minat ku utk memandangnya. Tanpa aku sedari lelaki itu turut memandang ku dan memberikan senyuman manisnya kpd ku. Aku membalas senyuman itu dan berlalu pergi.

Pada keesokan harinya..

Kursus bermula seperti biasa yg membezakan cumalah fasilatator yg bertugas untuk menyampaikan kursus. Pada hari itu, fasilatator yg bertugas adalah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sorg demi sorg fasilatator memperkenalkan diri d hadapan dewan. Tiba2 pandangan ku terhenti pd seorang lelaki yg berada d hadapan dewan. Terkesima seketika aku memandang wajah lelaki itu. Yaa, dia lah orangnya.


Bersambung...... (^.^)

No comments:

Post a Comment