Sunday, March 9, 2014

Rindu ini...


Rindu itu kini bertandang lagi.. Walaupun seminggu dah berlalu.. Namun hati ini masih kuat merindui mereka di sana.. Hati yg dulunya teguh seperti karang kini mudah pecah seperti kaca.. Dulu payah sekali utk melinangkan air mata, namun kini mudah sekali air mata ini mengalir tatkala rindu itu bertandang di hati.. 

Rindukan persahabatan yg terjalin di antara kami.. Persahabatan yg akrab yg tak pernah aku lalui sebelum ini.. Namun perjalanan hidup harus dilalui seperti biasa.. Kerana setiap org mempunyai halatuju hidupnya tersendiri..

Tika kenangan berlalu diminda, tika itulah airmata berjujuran.. Kekuatan kupinta dariNya namun inilah ujianNya yg perlu aku lalui.. 



Benarlah org kata sahabat dan kawan adalah dua perkataan yg sama makna namun berlainan pengertian.. Aku bersyukur kepada Mu ya Allah krn dipertemukan dgn sahabat yg baik.. Tak salahlah kiranya aku merindui sahabat yg terbaik buatku.. 

Jika kita seorg sahabat yg baik inshaAllah mereka akan sentiasa mengingati kita sebagaimana kita mengingati mereka.. Kerana di dalam konsep persahabatan kejujuran, keikhlasan dan saling menghargai adalah cara yg baik utk mengekalkan persahabatan itu inshaAllah..

"Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu"

Lagu... Lagu2 itu yg membuatkan aku merindui itu semua.. Terlalu bnyk kenangan yg mengusik jiwa.. Bersabarlah wahai hati.. 


No comments:

Post a Comment